Lowest Price Online

Why book elsewhere when you can book direct and get 12% LOWER RATES than other websites?

Lowest Price Online

Why book elsewhere when you can book direct and get 12% LOWER RATES than other websites?

Polisi Privasi

Polisi Perlindungan Data Peribadi

Terjemahan Bahasa Inggeris polisi ini boleh didapati sini.

Data peribadi anda adalah penting kepada kumpulan Far East Orchard Limited

Data peribadi anda adalah penting kepada kami dan ia adalah polisi kami untuk menghormati kerahsiaan maklumat dan privasi individu-individu. Polisi ini menggariskan bagaimana kami mengendalikan data peribadi yang kami pegang dalam pematuhan kepada Akta Perlindugan Data Peribadi Singapura 2012 (No. 26 dari 2012) di Singapura ("PDPA" tersebut) dan setakat yang terpakai, Peraturan Perlindungan Data Am (EU) 2016/679 ("GDPR") dan terpakai kepada semua bahagian dan organisasi di dalam Far East Orchard Limited, termasuk bahagian Far East Hospitality (secara kolektif, "FEOrchard"). Kami juga mematuhi undang-undang perlindungan data dan undang-undang privasi tempatan dalam operasi kami di luar Singapura.

Apakah jenis-jenis data peribadi yang kami mengumpul?

Kami boleh mengumpul dan menyimpan data peribadi individu-individu/entiti-entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • pelanggan-pelanggan;
  • pemohon-pemohon pekerjaan dan pekerja-pekerja;
  • pemegang saham;
  • pembekal perkhidmatan; dan
  • pihak-pihak lain yang kami mungkin berhubung.

Contoh-contoh data peribadi sebegitu termasuk biodata, maklumat perhubungan, maklumat akaun dan keutamaan, pertanyaan, permintaan dan maklum balas anda.

Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?

Cara-cara di mana kami boleh mengumpul data peribadi anda termasuk (tetapi tidak terhad kepada) mengumpul secara langsung atau tidak langsung daripada anda atau wakil-wakil diberikuasa anda ketika:

  • anda mendaftar untuk peringatan atau surat berita kami;
  • anda melawati laman web kami, flat pameran dan sebagainya;
  • anda membeli atau memajak hartanah daripada kami;
  • anda membuat tempahan atau tinggal di hartanah yang kami miliki atau mengoperasi;
  • anda makan di cawangan-cawangan makanan dan minuman kami;
  • anda memohon untuk pekerjaan dengan kami;
  • anda menyertai acara-acara pemasaran atau promosi kami;
  • anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami;
  • anda menghubungi kami dengan pertanyaan, permintaan atau maklum balas anda;
  • kami menjalankan atau melengkapkan transaksi;
  • kami menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran; atau
  • kami menjalankan temuduga.

Untuk jenis tujuan apakah kami mengumpul data peribadi anda?

Kami boleh mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, semua atau mana-mana tujuan berikut:

  • menjalankan dan melengkapkan transaksi (contohnya, memproses pesanan dan pembayaran; membekalkan produk atau perkhidmatan yang telah diminta);
  • mengendalikan tempahan anda untuk hotel-hotel atau kediaman berkhidmat kami atau apabila anda menjamu di cawangan makanan dan minuman kami atau mendiami di hartanah yang kami miliki atau mengoperasi;
  • membekalkan perkhidmatan pelanggan (contohnya menjawab pertanyaan dan permintaan; memaklumkan anda tentang status perkhidmatan dan kemaskini produk; menghantar kepada anda peringatan dan surat berita);
  • menjalankan penyelidikan pemasaran dan menambah baik perkhidmatan pelanggan (contohnya menjalankan penyelidikan atau tinjauan pemasaran; menjalankan analisis pemasaran; mengendalikan dan meningkatkan tahap produk dan perkhidmatan kami; menghasilkan produk-produk baru);
  • menjalankan promosi pemasaran (contohnya penghantaran peringatan, surat berita, bahan-bahan pemasaran dan jemputan daripada kami secara keseluruhan atau melalui gabungan dengan pihak ketiga; menawarkan promosi dan program kesetiaan);
  • mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan lain yang terpakai (contohnya memberikan bantuan kepada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, pihak-pihak berkuasa dan agensi-agensi pemerintah yang lain; melaksanakan audit dalaman);
  • mengekalkan hubungan pelabur (contohnya penghantaran peringatan, surat berita, bahan-bahan pemasaran dan jemputan daripada kami secara keseluruhan atau melalui gabungan dengan pihak ketiga);
  • menjalankan penilaian (contohnya menaksir kesesuaian pekerja); dan

FEOrchard boleh memutuskan untuk membeli atau menjual aset yang merupakan sebahagian daripada atau berkaitan dengan perniagaannya atau sesuatu bahagian atau organisasi dalam FEOrchard. Dalam mana-mana transaksi sedemikian, data peribadi biasanya akan menjadi salah satu aset yang dipindahkan dan akan didedahkan kepada pembeli.

Semua pembekalan data peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, bergantung kepada keadaan, jika anda tidak memberikan maklumat mengenai diri anda yang diminta oleh FEOrchard, FEOrchard mungkin tidak dapat membekalkan produk atau perkhidmatan yang berkaitan itu kepada anda.

Bagaimanakah kami mengguna dan/atau mendedahkan data peribadi anda?

Kami hanya akan mengguna, mendedahkan dan/atau memindah data peribadi anda untuk tujuan yang telah dimaklumkan kepada anda dan yang telah disetujui oleh anda atau yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Kami tidak akan menjual, menyewa atau memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial tanpa persetujuan anda.

Dengan siapakah akan kami berkongsi data peribadi anda?

Bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang berkenaan, data peribadi anda boleh didedahkan atau dipindahkan kepada:

  • other divisions or organizations bahagian atau organisasi yang lain di dalam FEOrchard;
  • rakan kongsi usahasama/bersekutu kami;
  • pembekal perkhidmatan dan penasihat/institusi pakar kami yang telah diberikan kontrak untuk membekalkan perkhidmatan pentadbiran, kewangan, guaman, perakaunan, teknologi maklumat, penyelidikan atau perkdihmatan yang lain;
  • penanggung insurans, pembekal kredit, mahkamah, tribunal, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa dan agensi-agensi pemerintah yang lain seperti mana yang telah dipersetujui atau yang dibenarkan di sisi undang-undang;
  • agensi-agensi laporan atau rujukan kredit atau penyiasat insurans;
  • sesiapa yang diberikuasa oleh seorang individu, seperti yang ditetapkan oleh individu tersebut atau perjanjian tersebut.

Di mana data peribadi didedahkan atau dipindahkan kepada organisasi di luar FEOrchard yang mengendalikan atau menerima data peribadi sebagai pembekal perkhidmatan kepada FEOrchard, kami mewajibkan organisasi itu untuk mengakui kerahsiaan data peribadi sedemikian, berjanji untuk menghormati hak individu untuk privasi dan mematuhi PDPA (dan jika terpakai, GDPR) dan Polisi ini dan menggunakan data peribadi sedemikian hanya untuk tujuan kami dan sebaliknya mengikuti kami arahan yang munasabah berkenaan dengan data ini.

Di samping itu, di mana data peribadi dipindahkan ke luar negara dan kami mungkin perlu memproses atau mengendali data peribadi anda di luar Singapura, kami akan memastikan bahawa pindahan tersebut mematuhi PDPA dan Polisi ini atau dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan perlindungan data dan privasi yang terpakai.

Bagaimanakah kami mengendali, melindungi dan menyimpan data peribadi anda?

FEOrchard telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) untuk menyelia pengendalian data peribadi oleh kami selaras dengan PDPA (dan di mana terpakai, GDPR).

Kami memandang serius terhadap pelanggaran privasi anda dan kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan yang berpatutan untuk menjamin dan melindungi maklumat anda, contohnya melatih pekerja kami yang mengendalikan data peribadi anda supaya mereka menghormati kerahsiaan data peribadi tersebut dan privasi anda, menyimpan data peribadi dalam gabungan kemudahan simpanan komputer yang selamat dan fail berdasarkan kertas dan rekod yang lain, dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi data peribadi yang kami simpan daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan.

Walaubagaimanapun, anda memahami bahawa bukanlah tanggungjawab kami untuk melindungi dengan sempurna data peribadi anda daripada serangan siber seperti hacking, spyware dan virus-virus. Oleh itu, anda tidak akan memegang kami bertanggungjawab untuk sebarang pendedahan tanpa kebenaran, kehilangan atau pemusnahan data peribadi anda yang timbul daripada risiko-risiko tersebut.

PDPA tersebut juga mewajibkan kami supaya tidak menyimpan data peribadi lebih lama daripada yang diperlukan. Kami akan berhenti menyimpan data peribadi anda apabila kami tidak lagi memerlukannya untuk tujuan-tujuan yang telah kami maklumkan kepada anda pada masa asalnya atau untuk keperluan perniagaan atau undang-undang yang lain.

Bagaimanakah kami memastikan bahawa data peribadi tersebut tepat dan dikemaskini dan bagaimana untuk melaksanakan hak anda untuk membetulkan data peribadi anda yang kami simpan?

Kami berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi anda yang kami simpan adalah tepat dan dikemaskini. Kami sedar bahawa data peribadi tersebut sering berubah berikutan dengan perubahan alamat dan keadaan peribadi yang lain. Kami menggalakkan anda supaya menghubungi kami secepat mungkin untuk mengemaskini sebarang data peribadi anda yang kami simpan. Sila melengkapkan Borang Pembetulan Data Peribadi dan hantarkannya kepada DPO FEOrchard dengan mana anda sedang berurusan. Butir-butir hubungan kami adalah dinyatakan di bawah. Kami mungkin memerlukan anda untuk mengesahkan identiti anda.

Bagaimanakah untuk melaksanakan hak anda untuk mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh kami?

Untuk membuat permintaan untuk mengakses data peribadi anda yang kami simpan, sila hubungi DPO FEOrchard dengan mana anda berurusan dengan secara bertulis menggunakan Mengakses Data Peribadi. Kami akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan menentukan data yang anda perlukan. Bergantung kepada keadaan, kami boleh mengenakan yuran yang munasabah untuk menampung kos mengesahkan permohonan itu dan mencari, mendapatkan semula, mengkaji dan menyalin sebarang bahan yang diminta. Sekiranya data yang dicari adalah luas, kami akan memaklumkan kos yang mungkin terlebih dahulu dan boleh membantu untuk menghalusi permintaan anda jika diperlukan.

Bagaimanakah untuk melaksanakan hak anda untuk menarik balik persetujuan anda?

Persetujuan yang anda berikan akan kekal sah sehingga masa ia ditarik balik oleh anda secara bertulis. Untuk membuat permintaan untuk menarik balik kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, sila hubungi DPO untuk FEOrchard secara bertulis.

Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin memerlukan masa yang berpatutan (bergantung kepada kerumitan permintaan dan ditentukan berdasarkan kes demi kes) untuk permintaan anda diproses dan bagi kami untuk memberitahu anda tentang akibatnya daripada kita menyetujui perkara yang sama.

Bagaimana sekiranya anda ingin membuat aduan?

Sekiranya anda berpendapat bahawa mana-mana tindakan FEOrchard melanggar PDPA tersebut (atau di mana terpakai, GDPR) atau Polisi ini, anda boleh membuat aduan kepada Penyelaras DPO dengan melengkapkan Borang Aduan. FEOrchard akan berusaha untuk bertindak segara terhadap sesuatu aduan.

Bagaimanakah untuk menghubungi kami?

Anda boleh menghubungi Pegawai Data Peribadi untuk FEOrchard di FEOrchard at DPO@fareastorchard.com.sg

Mengemaskini Polisi Ini

Polisi ini akan disemak dari masa ke semasa untuk mengambilkira undang-undang dan teknologi yang baru, perubahan dalam operasi dan amalan kami dan suasana perniagaan yang berubah. Polisi ini telah akhir kali dikemaskini dalam bulan Mei 2018. Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda sedang membaca versi yang terkini atau tidak, sila hubungi kami.

Borang Pembetulan Data Peribadi

Borang Permintaan untuk Mengakses Data Peribadi

Borang Aduan

Borang Penyingkiran Data Peribadi