Privacy Policy

Polisi Perlindungan Data Peribadi

Data peribadi anda adalah penting kepada Far East Orchard Group

Data peribadi anda adalah penting kepada kami dan ia adalah polisi kami untuk menghormati kerahsiaan maklumat dan privasi individu. Polisi ini memaklumkan bagaimana kami mengendalikan data peribadi yang disimpan oleh kami mengikut Aktar Perlindungan Data Peribadi Singapura (“Akta” tersebut) dan ia terpakai kepada semua bahagian dan organisasi dalam Far East Orchard Group, termasuk bahagian Far East Hospitality (secara kolektif, “FEOrchard”) dan kumpulan syarikat Far East Organization (maklumat lanjut terdapat di www.fareast.com.sg) yang termasuk FEOrchard (FEOrchard dan kumpulan syarikat Far East Organization dirujuk secara kolektif sebagai “kami”). Kami juga mematuhi undang-undang tempatan untuk perlindungan data dan privasi dalam negara-negara di luar Singapura dimana kami beroperasi.

Apakah jenis-jenis data peribadi yang kami mengumpul?

Kami boleh mengumpul dan menyimpan data peribadi individu dan entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • pelanggan-pelanggan;
  • pemohon-pemohon pekerjaan dan pekerja-pekerja;
  • pemegang saham;
  • pembekal perkhidmatan; dan
  • pihak-pihak lain yang mungkin berhubung dengan kami.

Contoh-contoh data peribadi tersebut termasuklah biodata, maklumat perhubungan, maklumat akaun dan keutamaan, pertanyaan, permintaan dan maklum balas anda.

Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?

Cara-cara yang kami gunakan untuk mengumpul data peribadi anda termasuk (tetapi tidak terhad kepada) mengumpul secara langsung atau tidak langsung daripada anda atau wakil-wakil diberikuasa anda ketika:

  • anda mendaftar untuk peringatan atau surat berita kami;
  • anda melawati laman web kami, flat pameran (showflat) kami dan sebagainya;
  • anda membeli atau memajak tanah milik daripada kami;
  • anda membuat tempahan atau tinggal di tanah milik yang dimiliki atau dioperasi oleh kami;
  • anda makan di kedai-kedai makanan dan minuman kami;
  • anda memohon untuk bekerja dengan kami;
  • anda menyertai acara-acara pemasaran atau promosi kami;
  • anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami;
  • anda menghubungi kami dengan pertanyaan, permintaan atau maklum balas anda;
  • kami menjalankan atau melengkapkan transaksi;
  • kami menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran;
  • kami menjalankan temuduga.

Untuk tujuan apakah kami mengumpul data peribadi anda?

Secara umum, kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berikut:

  • menjalankan dan melengkapkan transaksi (contohnya, memproses pesanan dan pembayaran; membekalkan produk atau perkhidmatan yang telah diminta);
  • mengendalikan tempahan anda untuk hotel-hotel atau kediaman perkhidmatan (serviced residences) kami atau apabila anda menjamu di cawangan makanan dan minuman kami atau mendiami di hartanah yang dimiliki atau dioperasi oleh kami;
  • membekalkan perkhidmatan pelanggan (contohnya menjawab pertanyaan dan permintaan; memaklumkan status perkhidmatan dan maklumat baru mengenai produk; menghantar peringatan dan surat berita kepada anda);
  • menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran dan menambah baik perkhidmatan pelanggan (contohnya menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran; melaksanakan analisis pasaran; mengendalikan dan meningkatkan tahap produk dan perkhidmatan kami; menghasilkan produk-produk baru);
  • menjalankan promosi pemasaran (contohnya penghantaran peringatan, surat berita, bahan-bahan pemasaran dan jemputan daripada kami secara persendirian atau melalui gabungan dengan pihak ketiga; menawarkan promosi dan program kesetiaan);
  • mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan yang lain (contohnya memberikan bantuan kepada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, pihak-pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan yang lain; melaksanakan audit dalaman);
  • mengekalkan hubungan pelabur (contohnya penghantaran peringatan, surat berita, bahan-bahan pemasaran dan jemputan daripada kami secara persendirian atau melalui gabungan dengan pihak ketiga);
  • menjalankan penilaian (contohnya menaksir kesesuaian pekerja).

FEOrchard boleh membuat keputusan untuk membeli atau menjual aset yang merupakan sebahagian daripada atau yang berkaitan dengan perniagaannya atau sesuatu bahagian atau organisasi di dalam FEOrchard. Dalam mana-mana transaksi sebegitu, data peribadi biasanya akan menjadi salah satu aset yang dipindahkan dan akan dizahirkan kepada pembeli.

Segala data peribadi adalah diberikan secara sukarela. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes, sekiranya anda tidak memberikan maklumat mengenai diri anda yang diminta oleh FEOrchard, FEOrchard mungkin tidak dapat membekalkan produk atau perkhidmatan berkaitan kepada anda.

Bagaimanakah kami mengguna dan/atau menzahir data peribadi anda?

Kami hanya akan mengguna, menzahir dan/atau memindah data peribadi anda untuk tujuan yang telah dimaklumkan kepada anda dan yang telah disetujui oleh anda atau yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Kami tidak akan menjual, menyewa atau memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial tanpa persetujuan anda.

Dengan siapakah akan kami berkongsi data peribadi anda?

Bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang berkenaan, data peribadi anda boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada:

  • bahagian atau organisasi yang lain di dalam FEOrchard dan kumpulan syarikat Far East Organization;
  • rakan kongsi usahasama/bersekutu kami;
  • pembekal perkhidmatan dan penasihat/institusi pakar kami yang telah diberikan kontrak untuk membekalkan pentadbiran, kewangan, guaman, perakaunan, teknologi maklumat, penyelidikan atau perkhidmatan yang lain;
  • penanggung insurans, pembekal kredit, mahkamah, tribunal, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti mana yang telah dipersetujui atau yang dibenarkan di sisi undang-undang;
  • agensi-agensi laporan atau rujukan kredit atau penyiasat insurans;
  • sesiapa yang diberikuasa oleh seorang individu, seperti yang ditetapkan oleh individu tersebut atau perjanjian tersebut.

Apabila data peribadi dizahirkan atau dipindahkan kepada organisasi di luar FEOrchard yang mengendalikan atau menerima data peribadi sebagai pembekal perkhidmatan kepada FEOrchard, kami mewajibkan organisasi tersebut mengakui kerahsiaan data peribadi tersebut dan berjanji untuk menghormati hak privasi mana-mana individu dan mematuhi Akta tersebut dan Polisi ini dan hanya menggunakan data peribadi tersebut untuk tujuan-tujuan kami dan berikutan dengan arahan munasabah kami berkenaan data ini.

Di samping itu, apabila data peribadi dipindah ke luar negara dan terdapat kemungkinan bahawa kami perlu memproses atau mengendali data peribadi anda di luar Singapura atau mana-mana bidang kuasa di mana data peribadi akan diproses, kami akan memastikan bahawa pindahan tersebut mematuhi Akta tersebut dan Polisi ini atau dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan data peribadi dan privasi yang berkenaan.

Bagaimanakah kami mengendali, melindungi dan menyimpan data peribadi anda?

FEOrchard telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) untuk menyelia pengendalian data peribadi kami mengikut Akta tersebut.

Kami memandang serius terhadap pelanggaran privasi anda dan kami telah menyediakan langkah-langkah untuk menjamin dan melindungi maklumat anda, contohnya melatih pekerja kami yang mengendalikan data peribadi anda supaya mereka menghormati kerahsiaan data peribadi tersebut dan privasi anda, menyimpan data peribadi dalam gabungan kemudahan simpanan komputer yang selamat dan fail kertas dan rekod yang lain, mengambil langkah-langkah untuk melindungi data peribadi yang disimpan oleh kami daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau penzahiran.

Walaubagaimanapun, anda memahami bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk melindungi data peribadi anda daripada serangan siber seperti hacking, spyware dan virus dengan sempurna. Oleh itu, kami tidak akan menanggung liabiliti untuk sebarang penzahiran tanpa kebenaran, kehilangan atau pemusnahan data peribadi anda yang timbul daripada risiko-risiko tersebut. Akta tersebut juga mewajibkan kami supaya tidak menyimpan data peribadi lebih lama daripada yang diperlukan. Kami akan berhenti menyimpan data peribadi anda apabila kami tidak lagi memerlukannya untuk tujuan-tujuan yang telah kami maklumkan kepada anda pada masa asalnya atau untuk keperluan perniagaan atau undang-undang yang lain.

Bagaimanakah kami memastikan bahawa data peribadi anda tepat dan dikemaskini dan bagaimanakah anda boleh melaksanakan hak anda untuk membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami?

Kami berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi anda yang disimpan oleh kami adalah tepat dan dikemaskini. Kami sedar bahawa data peribadi tersebut sering berubah berikutan dengan perubahan alamat dan keadaan peribadi yang lain. Anda mempunyai hak untuk membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami dan kami menggalakkan anda supaya menghubungi kami secepat mungkin untuk mengemaskini sebarang data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Sila melengkapkan Borang Pembetulan Data Peribadi dan menghantarkannya kepada DPO FEOrchard yang berurusan dengan anda setakat ini. Butir-butir hubungan kami adalah seperti yang dinyatakan di bawah. Anda mungkin akan diwajibkan untuk mengesahkan identiti anda.

Bagaimanakah anda boleh melaksanakan hak anda untuk mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh kami?

Untuk membuat permintaan mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh kami, sila menggunakan Borang Permintaan untuk Mengakses Data Peribadi untuk menghubungi DPO FEOrchard yang telah berurusan dengan anda setakat ini secara bertulis. Kami akan mewajibkan anda mengesahkan identiti anda dan menentukan data peribadi yang anda perlukan. Terdapat kemungkinan bahawa kami akan cajkan fi untuk menampung kos pengesahan permohonan dan untuk mencari, mendapatkan semula, menyemak dan menyalin mana-mana bahan-bahan yang diminta. Sekiranya data yang diminta adalah menyeluruh, kami akan memberitahu anda terlebih dahulu tentang kos yang mungkin dikenakan dan kami boleh membantu anda menghalusi permintaan anda sekiranya diperlukan.

Bagaimanakah anda boleh melaksanakan hak anda untuk menarik balik persetujuan anda atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda?

Untuk membuat permintaan penarikan balik persetujuan yang diberikan sebelumnya, ataupun untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda oleh kami, sila hubungi DPO FEOrchard secara bertulis.

Bagaimana sekiranya anda ingin membuat aduan?

Sekiranya anda berpendapat bahawa mana-mana tindakan FEOrchard telah melanggar Akta tersebut atau Polisi ini, anda boleh membuat aduan kepada Penyelaras DPO dengan melengkapkan Borang Aduan. FEOrchard akan berusaha untuk bertindak segara terhadap sesuatu aduan.

Bagaimanakah anda boleh hubungi kami?

Anda boleh menghubungi, iaitu Pegawai Data Peribadi untuk FEOrchard di  DPO@fareastorchard.com.sg

Mengemaskini Polisi Ini

Polisi ini akan disemak dari masa ke semasa untuk mengambilkira undang-undang dan teknologi yang baru, perubahan dalam operasi dan amalan kami dan suasana perniagaan yang berubah. Polisi ini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2016. Sekiranya anda tidak pasti sama ada versi yang anda membaca merupakan versi yang terkini atau tidak, sila hubungi kami.

Borang Pembetulan Data Peribadi

Borang Permintaan untuk Mengakses Data Peribadi

Borang Aduan

 

Konflik

Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Polisi Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Polisi Perlindungan Data Peribadi ini dalam bahasa-bahasa lain yang sepadan dengannya, terma-terma Polisi dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.